Saturday, July 9, 2011

Perasaan kita

Assalamu'alaikum.w.b.t.
Lama berjaman aku tidak menjengah blog aku ni..seperti pernah aku katakan, orang berblog aku pun teringin nak berblog..
Sebenarnya banyak perkara bermain main di kotak pemikiranku ini..masa terlalu cemburu denganku..menyebabkan aku tidak berkesempatan mencatat karya ..kah kah.. karya lubang hidung...perkataan yang selalu aku sebut bila aku tegang..tetapi untuk tidak berkasar..
Aku bersendirian di rumah ketika ini..anak anak d sekolah belaka..sape sape nak ngorat leh lah...he he he
Haram...isteri mendua mentiga dll suaminya..dosa besar..Setelah penat membaca berita online..aku mengambil keputusan masuk blog jap..actually kekgi kena masuk opis..lambat masuk tak makan tengahari suami dan anak anakku..
Sentuh soal perasaan..berbagai jenis dan tahap perasaan yang kita dapat rasa pada situasi yang berlainan..
Faham dok? Kalau kita sakit..kita rasa sedih..ada juga rasa suka..ada juga tenang dsb..cua fikir ngok..
Contohnya..bila kita sakit, kita dikunjungi ramai sanak saudara, kenalan, jiran dsb. Mereka sebelum ni jarang jarang sekali kita bersua muka..tiba kita sakit..kita dapat besembang, bersua muka, bertanya kabar anak anak dan sebagainya...perasaan sedih sebab sakit terubat dengan kegembiraan kunjungan tetamu tetamu kita tadi...ni contoh...
Masuk bab di bawah ni...perkataan 'aku' diganti ngan perkataan 'mami' ok..rasa lebih mesra dan lembut..keibuaan skit..
Mami mempunyai 5 orang anak yang come lote..angkat bakoi skit...sape lah nak puji kalu bukan ibunya sendiri...perkataan dari mulut ibu merupakan doa doa belaka..jadi nak tambah pujian lagi...dan anak anak mami semuanya bijak bijak belaka..elok elok belakalah...hem hem..kena ikhlas...

Anak anak adalah penghubung kasih dalam sesebuah rumahtangga..kalu rumah tak ada tangga tak pa..jangan panik..Ibu memang sayang akan anak anaknya...cuba kita tengok kucing...kucing kan ia nanti jaga anaknya dan tak nak berpisah pun...kalu tak percaya mai rumah mami...tengok dan experience sendiri..

Cuba bayangkan ibu ibu anak anak menjaga anak anak dari sepanjang 40cm  dan boleh bekata a a ba ba ma ma pada usia beberapa bulan sampailah besar panjang..dan boleh berhujah dan ada yang berperang mulut..plak ..apa perasaan mereka ketika ini...
Ada ibu ibu yang gembira, bersyukur, sedih, duka, berserah, tenang dsbnya bergantung kepada situasi ibu ibu ini berada..kalu anak anaknya berjaya belaka...perasaan bersyukur dan amat gembira menyelubungi perasaan dan hati mereka...
Kalu anak anak yang ditatang didukung dipeluk dibelai di dan bermacam macam di lagi tergelincir dan terlari dari track yang lazimnya dilalui anak anak yang berjaya 'dunia dan akhirat'...perasaan ibu ibu ini betentangan dari perasaan iu ibu di atas tadi...
Apa yang cuba mami perkatakan dalam coretan ini..ialah ibu ibu anda semua sangat sayang dan sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan anak anak sekalian baik dalam pelajaran, akhlak, perhubungan dan segala macam perkara lain..dalam perjalanan hidup ini...lebih lebih lagi perhubungan anak anak dengan khalidnya..iaitu ALLAH..sebab ibu tak leh letak matanya di badan anak anaknya sekiranya anak anak berada jauh dari mereka...yang ada hanyalah ALLAH...Anak anak hendaklah mendekatkan diri dengan ALLAH melalui  solatnya,  doanya, dengan kepatuhannya kepada hukum ALLAH..InsyaAllah selamat..
Mami berharap anak anak mami faham..walaupun mami ni mengalami masalah bahasa..mami cuba sedaya upaya menggambarkan perasaan ibu ibu yang beranak anak ..he he he.supaya anak anak faham dan cuba menjadi anak anak yang mulia...Wassalam
Mami dok cek balik karangan mami ni..kesuntukan masa...nak masuk opis dah...
Ingat.. lakukan apa jua kerana Allah..yang baik baik je lah...
Jaga diri baik baik kerana terlalu ramai orang jahat dari orang baik di zaman sekarang ini..
Muah muah muah...kucupan mami setiap kali selepas becakap dengan ibu mami melalui telefon..take care
Luv mamii

Wednesday, November 10, 2010

aku..aku..dan aku..

Assalamu'alaikum kepada yang membuka blogku ini.
Aku masih terkial kial apa yang hendak ditulis di muka pertama blog aku..
Aku dah tinggal alam sekolah lebih 20 tahun..Ya apa apa yang musti aku coretkan ya?
Idea kering kontang..otak beku padat..aku bukan skor pun dalam Bahasa Malaysia..aku dapat cangkul dalam SPM..dua kali ambil kertas Julai..baru dapat C3..alhamdulillah.

Aku tengok anak aku ada blog, anak sdara ada blog..dia ada blog..ia ada blog..jadi teringin gak ada
blog..dah ada tak tahu nak tulis apa..malu..

Cukup dulu sebagai permulaan...terima kasih.